Saturday, 9 April 2011

                      !! sad story !!
Aku menulis bukan kerana nama. di sini aku coretkanpengalamanku, menjadi Cinderella Cinta, mengembara ke alam-alam cinta yang dizahirkan oleh deretan novelis. adakalanya perjalananku dihiasi dengan Gurindam Jiwa yang indah dan tulus, Pada satu ketika, aku juga dilambung Ombak Rindu. Aku terasa betapa Manisnya Cinta Yang Terindah dan Hangatnya Asmara. Adakalanya, cinta itu menjadi tragedi lalu ia menjadi Rahsia Si Perindu. Kadang-kadang, hatiku tercuit, terusik pabila mengenangkan Epilog Cinta. Bila sampai masanya, air mataku juga bisa mengalir. Sesekali, ayat-ayat cinta yang indah kusimpan untukmu , menulis rasa hatiku dalam sebuah diari . barangkali sudah jauh pengembaraanku Mencari erti Cinta di bawah Bulan Yang Berbisik. di sebalik Bayangan Rindu. kadangkala aku terasa Bagaikan sang Puteri. menelusuri Labyrinth kehidupan namun sejauh mana aku pergi. aku hanya tahu yang satu. bahawa Syurgacinta akhirnya terletak Di hati.

2 comments: